Wednesday, October 26, 2011

Suara Kucng Marah [artikel credit to:KucingUtara.blogspot.com]




Apabila kucing menyuarakan "shhhhh" atau "hisss" ini adalah amaran darinya dan bersedia untuk menyerang walaupun ianya sudah lama bersama dengan kita. Ini adalah "vokal" bahasa kucing dari kucing kerana dalam keadaan ketika itu tidak menenangkan dan erti kata lain "MARAH" ataupun dikenali sebagai "HISSING" dalam bahasa yang digunakan untuk menggambarkan situasi ini.

Antara sebab munasabahnya membunyikan "sshhh".
Amaran supaya beredar > Ianya membunyikan sebegini sebagai tanda amaran kepada kucing lain ataupun haiwan lain (seperti terserempak dengan ular ataupun haiwan lain yang dirasainya boleh mencederakannya) supaya beredar segera sebelum ianya bertindak ganas. Ertikata lain, kucing memberi amaran agar beredar dari kawasan untuk mengelakkan pergaduhan.

Berdendam
Kucing yang kita sayangi tetiba memarahi kita apabila kita menghampirinya walaupun sudah berahun lamanya bersamanya. Ini adalah kerana kucing bersifat "DENDAM" dan masih ssegar dalam ingatannya tentang apa yang telah dialaminya (seperti dipukul, dibuli), ataupun merawat lukanya dan sebagainya. Bermaksud apa saja yang kita lakukan pernah menyakitinya walaupun sudah lama, namun masih segar difikirannya.
Mengajar Anak
Ibu kucing akan membunyikan "hiss" terhadap anak-anaknya sebagai "vokal" menyuruh anak-anaknya tidak menghampirinya buat seketika terutamanya terhadap anak-anak susuannya. Ini kerana ibu kucing perlukan masa tersendiri bagi penghasillan susu badan. Jika dibiarkan, maka kering susunya. Keadaan ini tidak memudaratkan , sama seperti kita marahkan anak-anak demi kebaikan mereka.

Sakit
Kucing akan berbunyi "sshhh" jika kita menghampirinya ketika sakit, tambahan pula menyentuh bahagian sakitnya.

Tetamu Luar
Bagi kucing, tetamu baru yang belum pernah ditemuinya sama ada kucing lain ataupun manusia  baginya adalah mengancam.

Credit to : http://kucingutara.blogspot.com/2011/10/suara-kucing-marah.html

No comments:

Post a Comment