Fakta Fantastik

Fakta Fantastik ! (Haiwan Rimba)

Kenapa orang utan membengkokkan dahan-dahan pokok?
-Untuk membuat tempat tidur di atas pokok !

Bagaimana buaya melihat di dalam air?
-Mereka ada kelopak mata telus cahaya untuk melihat dan melindungi mata mereka dalam air.

Bagaimana anak-anak katak Darwin menetas?
-Mereka menetas dalam mulut bapa mereka !

Kenapa ikan paus sering melompat di permukaan laut?
-Mungkin kerana mereka seronok melompat atau hendak melihat keadaan sekeliling.

Bagaimana chimpanzee menunjukkan kasih sayang?
-Mereka berkucupan seperti manusia !

Kenapa landak berduri?
-Jika dalam bahaya, duri landak akan mencucuk pemangsa untuk mempertahankan dirinya.

Kenapa burung hantu boleh melihat apa di belakangnya?
-Ia boleh memusingkan kepala 180.c ke belakang.

Berapa banyak ratu lebah yang bertelur di dalam sebuah sarang?
-Hanya seekor ratu lebah yang bertelur beribu-ribu telur dalam sarang !

Bilakah masa sesuai untuk melihat kupu-kupu?
-Waktu malam ! Kebanyakkan kupu-kupu terbang pada waktu malam, manakala rama-rama keluar di siang hari.