Sunday, June 12, 2011

Buat Novel Untuk PTS



Hari ni hari last cuti.. :D
Yeye sekolah !!

Kalau korang nak sangat terbitkan buku novel untuk PTS, jom tengok apa yg perlu korang buat untuk terbitkan novel PTS..


Menghantar manuskrip semudah 1, 2, dan 3.
PTS ONE dan MISI
PTS ONE Sdn Bhd adalah salah satu kumpulan PTS. Fokus kami adalah menerbitkan novel kanak-kanak, remaja dan remaja atasan. Kami mahu memperbanyakkan novel yang berbentuk humor, fantasi, dan sains fiksyen.
CADANGAN TEMA NOVEL
  • Fantasi \
  • Humor
  • Sains Fiksyen
  • Sukan / hobi
    Sekiranya ada tema lain, kami masih menerimanya. smile
PROPOSAL
Langkah 1
Sinopsis. Sinopsis menceritakan keseluruhan idea seringkas mungkin. Sekurang-kurangnya satu muka surat saiz A4. Contoh:
Rasyid seorang kanak-kanak yang obses dengan kartun. Orang tuanya risau dengan keadaan itu kerana Rasyid makin membesar. Keadaan ini menjadi buah mulut dan jadi bahan ejekan kanak-kanak sebaya Rasyid. Suatu hari, ketika pulang dari sekolah, Rasyid bersungguh sungguh memberitahu orang tuanya yang dia menjumpai binatang boleh bercakap. Semua orang tidak percaya kisahnya kerana menganggap itu adalah fantasi kartun Rasyid.

Sebenarnya, apa yang Rasyid jumpa adalah binatang mutasi yang mengaku dia adalah hasil gabungan sperm manusia dan kucing. Makhluk mutasi itu memang kelihatan seperti watak kartun, iaitu Doraemon. Namun, akhirnya hebahan Rasyid terbukti selepas ada orang lain turut terserempak dengan makhluk umpama itu. Berlakulah perang habis-habisan bagi menghapuskan makhluk yang dianggap merbahaya itu. Rasyid tidak setuju dengan tindakan itu kerana makhluk itu comel seperti kartun.
Rasyid membawa lari makhluk itu. Mereka mengembara keliling bandar bagi menyelamatkan makhluk itu daripada ditangkap. Pelbagai perkara menarik berlaku sepanjang pengembaraan itu. Antaranya:
  • Makhluk itu menyebabkan kesesakan lalulintas
  • Makhluk itu mengagalkan rompakan di kedai runcit
  • Rakan-rakan Rasyid kagum dengan keberanian Rasyid kerana bersama makhluk itu.
  • Mereka berjumpa pencipta watak karekter kartun itu, iaitu seorang pelukis komik.
  • Akhirnya, makhluk itu diterima masyarakat kerana rupa-rupanya, makhluk yang dilihat aneh itu hanyalah manusia terencat akal yang memakai kostum kartun. Orang itu tidak dapat menanggalkan kostumnya kerana dia adalah mangsa buli sekumpulan krew filem.Rasyid pula menjadi semakin matang selepas berhempas pulas melindungi orang yang disangkakan makhluk kartun itu.
P/s: Sinospsis hanyalah lakaran kasar. Tidak semestinya diikut. Namun, bagi pihak penerbit, ia diperlukan bagi memudahkan pihak penerbit mengenalpasti tema cerita penulis. Perubahan cerita ketika menulis adalah perkara biasa. Bagi kami, asalkan tema yang cadangkan tidak lari jauh dari tema asal, ia boleh diterima.
Langkah 2
Contoh Satu bab. Tulis sebahagian novel ilham anda. Format manuskrip di PTS adalah:

FontTimes New Roman
Saiz12
Line SpacingDouble Spacing
Saiz kertasA4


Langkah 3
Hantar.  Selepas selesai membuat SINOPSIS dan CONTOH SATU BAB.  Hantarlah idea anda itu ke email: ptsone@pts.com.my
p/s: Syok! Adalah tema novel dewasa. Ia mengutamakan cerita lucu serta mempunyai nilai satira.


FORMAT PENUH MANUSKRIP PTS ONE SDN BHD ( Remaja )
FontTimes New Roman
Saiz12
Line SpacingDouble Spacing
Saiz kertasA4
Jumlah muka surat150-200 muka surat
Watak utamaLelaki / perempuan berusia 13-17 tahun



FORMAT PENUH MANUSKRIP PTS ONE SDN BHD ( Kanak-kanak )
FontTimes New Roman
Saiz12
Line SpacingDouble Spacing
Saiz kertasA4
Jumlah muka surat150-200 muka surat
Watak UtamaLelaki / perempuan berusia 7- 13 tahun



FORMAT PENUH MANUSKRIP PTS ONE SDN BHD (Novel Syok!)
FontTimes New Roman
Saiz12
Line SpacingDouble Spacing
Saiz kertasA4
Jumlah muka surat300- 350 muka surat
Watak UtamaLelaki / perempuan berusia 17 ke atas
Dipetik dari laman web PTSOne
Nak lagi banyak maklumat, pergi ke laman web PTS..


Dahlah.. Nak pergi buat novel.. Boleh terbitkan kat PTS.. Tak SABAR !

No comments:

Post a Comment