Monday, January 31, 2011

Cara Elakkan Gambar Dicuri

Korang dah buka http://gadiscomel.com/. Kalau belum sila buka sekarang ! Jom check sama ada gambar anda ada ke tak ? Kalau ada I ucapkan tahniah sebab korang dalam golongan orang yang comel . Ada jumpa gambar I tak ? HAHAHA

Ok ini serius ramai gila anti dan marah dengan website tu pasal admin dia ciplak gambar entah siapa-siapa entah ikut suka hati nenek tiri sedara dia aje . Kalau anda buka memang tak dinafikan semuanya awek-awek comel je dalam tu. Kebanyakkan saya tengok gambar-gambar diorang yang diambil oleh fotografer professional.

Gambar kak Lisa Surihani pun ade. I rasa la kan admin gadiscomel.com ni lelaki yang suka mengumpul koleksi awek internet yang cun dan comel . Kalau perempuan takkan letak gambar perempuan kot dan semestinya mengumpul koleksi mamat-mamat sama comel dengan Justin Bieber dan setegap Taylor Lautner kan ? So saya nak bagi cara-cara untuk mengelakkan gambar anda dicuri .

1. Letakkan Watermark .
Watermark nombor 3 paling penting untuk memastikan semua orang tahu dari mana datangnya gambar yang diciplak . Kalau anda tak tahu watermark tu apa baca kat sini . Paling koman pun anda letak url blog / url facebook anda dekat gambar tu sebagai tanda gambar itu hak milik anda yang kekal . Paling afdal letak url dan pastikan tulisan itu jelas dan semua orang boleh baca . Kalau letak nama blog anda pun tak guna sebab kalau letak url orang lagi senang nak taip url tu dekat search .

2. Disable Right Click
Disable Right Click (DRC) nombor 2 paling penting untuk memastikan gambar anda tidak diciplak . Ramai orang dah tahu bagaimana DRC berfungsi . DRC merupakan cara untuk menghalang penciplak menekan right click on mouse dan menekan copy . Tapi awas buat si penulis blog yang suka membuat tutorial yang mengunakan kod-kod html . Kalau anda nak guna DRC ini memang kenal fikir 150 juta kali . Sila fikir sejenak anda buat tutorial untuk mengajar orang , orang pula just copy paste kod-kod html tu . Kalau anda buat DRC macam mana dorang nak copy kod-kod html tu ? So sangatlah useless kalau anda buat tutorial tapi orang tak boleh nak copy . So you all fikirlah ! *p/s blog I pun ade DRC.

3. Jangan Taksub Sangat Letak Gambar dalam Blog
Jangan Taksub Sangat Letak Gambar dalam Blog atau Facebook nombor 1 yang paling penting yang amat . Well I memahami situasi sesetengah blogger yang suka menguploadkan gambar-gambar dalam blog untuk tunjuk bukti , gambar-gambar suasana , gambar camwhore dan lain-lain gambar perseorangan . Tak salah untuk menunjukkan gambar di blog atau facebook cuma awas ! Kalau boleh bergambar tu biarlah lebih dari 2 orang . Kalau anda dalam kategori gadiscomel.com , anda kena pastikan korang bergambar dengan boyfriend , mak bapak adik beradik , atok nenek atau kawan-kawan korang yang kurang cantik . Barulah gambar tu nampak seimbang bukan ? HAHAHA dan orang pun tak mahu ciplak gambar anda . Bagi gambar perseorangan pula , tolonglah jangan posing dengan pakaian yang tak senonoh dan pastikan posing anda tidak terlalu ghairah sampai menaikkan syawat nafsu lelaki HAHAHA


P/S: Sorry tau post kali ni gedik.. post ni copy N paste dari blog orang lain.. :)

1 comment:

  1. like this ! huhu
    pict sy ad yg gune then wt bebukan gerram tol!:)

    ReplyDelete